Passport Pramugara MH17 ditemui di lokasi Nahas

Disebabkan pesawat MH17 terhempas di tanah rata berhampiran sebuah perkampungan di Ukraine, penduduk setempat bergegas ke tempat kejadian sebaik mendengar bunyi letupan.
Justeru, mereka antara saksi dan individu terawal menyaksikan kejadian yang menggemparkan seluruh dunia ini.
Dalam satu rakaman dipercayai antara yang terawal di muat naik di YouTube, ada antara penduduk merakam kawasan kejadian di mana petugas keselamatan masih berusaha memadam saki baki kebakaran.
Di sebalik serpihan nahas, antara yang ditemui adalah pasport pelbagai negara termasuk Malaysia.
Individu yang merakam kejadian ini sempat menyelak beberapa pasport antaranya milik dua warganegara Belanda iaitu Sophie Charlotte dan Allard Tomas, begitu pasport milik warganegara Malaysia, Sanjid Singh Sandhu Jijar Singh.
Fullscreen capture 7182014 12921 PM
Fullscreen capture 7182014 12952 PM
VIDEO: Pasport Pramugara MH17 Antara Ditemui Di Lokasi Nahas
Sanjid merupakan salah seorang krew MAS yang berkhidmat sebagai pramugara dalam penerbangan MH17 ini.
Takziah diucapkan kepada semua keluarga penumpang dan krew MH17.
Jika benar tewasnya pesawat ini bersama seluruh isi disebabkan peluru berpandu puak pemisah dalam konflik Ukraine-Rusia, diharapkan keadilan akan tertegak buat semua mangsa.
- MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Passport Pramugara MH17 ditemui di lokasi Nahas"

Post a Comment