POLIS AKAN SIASAT VIDEO KIKI SEBAGAI PEMBULI JALANRAYA
SHAH ALAM – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menyiasat video wanita yang bertindak ganas terhadap lelaki warga emas di Kuantan, lapor sebuah portal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan akan diambil tindakan sebagai pembuli jalan raya. Terdahulu, video yang menunjukkan seorang wanita mengamuk sambil memukul kenderaan lelaki itu dengan pengunci stereng menjadi viral sejak semalam.
Wanita itu dilihat tidak dapat menahan kemarahan apabila keretanya dilanggar dari belakang. Kejadian kemudiannya sempat dirakam pengguna jalan raya lain malahan 'drama' amukan itu turut menyebabkan trafik di kawasan kejadian menjadi sesak. - SH
0 Response to "POLIS AKAN SIASAT VIDEO KIKI SEBAGAI PEMBULI JALANRAYA"
Post a Comment