SGMM Cadang Skrip Jawapan Calon PT3 di ditanda Oleh Guru Penanda Kertas Sekolah Lain.

SHAH ALAM –  Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mencadangkan supaya skrip jawapan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dibuat antara sekolah ditukar bagi meningkatkan kebolehpercayaan terhadap keputusan setiap sekolah.

Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengingatkan bahawa ketika pelaksanaan format peperiksaan sebelum ini, skrip jawapan pelajar ditanda oleh guru sekolah di negeri lain bukan guru yang mengajar di kelas tersebut. “Kalau dulu, memang guru menanda kertas peperiksaan PMR, tetapi bukan dari kelas dia sendiri. Ia dari sekolah yang lain dan negeri yang lain.

“Saya cadangkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) guna mekanisme pertukaran skrip jawapan antara sekolah,” katanya kepada Sinar Harian Online. Menurutnya, mekanisme itu dapat meningkatkan kebolehpercayaan kepada sistem pentaksiran tersebut namun bertentangan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Jelasnya, sistem PBS mewajibkan guru yang mengajar menilai setiap pelajar di dalam kelasnya.

Sistem penandaan skrip jawapan PT3 itu boleh menimbulkan pertikaian dari segi kebolehpercayaan dan integriti semua pihak. “Kebolehpercayaan dan integriti akan dipersoalkan melibatkan bukan saja pentadbir sekolah, termasuk Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan negeri dan kementerian sendiri. “Sudah tentu mereka mahu mengejar prestasi setiap tahun,” katanya.

Pada Mac lalu, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PT3 akan menggantikan PMR bermula tahun ini. Sementara bulan lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta agar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengatur pertemuan dengan semua guru yang berkenaan bagi menerangkan berhubung pelaksanaan peperiksaan PT3.

0 Response to "SGMM Cadang Skrip Jawapan Calon PT3 di ditanda Oleh Guru Penanda Kertas Sekolah Lain. "

Post a Comment