8 Jenis Makanan yang Boleh Menurunkan Kecerdasan Otak Manusia


Pengambilan makanan yang baik akan memberi kesan  terhadap tubuh, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bukan sahaja tubuh saja malahan otak sebagai pusat ingatan, juga memerlukan nutrisi daripada makanan.

Sekiranya otak kita mendapatkan nutrisi yang mencukupi, maka apa sahaja yang ingin kita lakukan boleh diselesaikan. Kerana otak adalah merupakan pusat koordinasi, yang memerintahkan gerakan tubuh. Untuk itu, adalah penting untuk kita menjaga jenis makanan dan nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Untuk mengekalkan tahap ingatan, kita harus mengetahui makanan apa saja yang mampu menurunkan kecerdasan otak, yang akhirnya akan menurunkan kecerdasan kita secara tidak langsung.

Berikut daftar makanan yang dapat menurunkan kecerdasan kita, yang kami dapati dari Boldsky:

1. Gula
Gula meupakan produk yang sering kita gunakan, sama ada untuk makanan terutama minuman. Penggunaan gula yang berlebihan akan mengakibatkan komplikasi pada tubuh. Jadi lebih baik untuk kita mula mengurangkan pengambilan dari sekarang juga.

2. Makanan yang digoreng
Terdapat banyak di sekitar kita makanan yang diolah secara digoreng, memang tidak ada salahnya memakan makanan tersebut. Tapi jika berlebihan, kita harus waspada. Lemak dalam makanan yang digoreng akan memberi kesan yang  berakibat buruk terhadap kesihatan.

3. Makanan segera
Di antara kita pasti pernah makan sosej, burger, atau makanan segera yang lainnya. Biasanya makanan tersebut telah diberi pelbagai perisa makanan, seperti pengawet, yang boleh menyebabkan penyakit degeneratif, seperti Alzheimers.

4. Junk Food
Biasanya pekerja pejabat sering memakan makanan ini, apalagi ditambah dengan duduk di kerusi lama-lama. Dan jenis makanan ini tidak digalakkan bagi mereka yang menginginkan kesihatan otak secara maksimum.

5. Kaya garam
Tanpa garam makanan akan terasa tawar, tapi jika kelebihan garam, makanan akan menjadi tidak sihat pula. Garam akan menyebabkan kecerdasan berkurang, serta memudahkan kita menjadi pelupa.

6. Makanan berpotein yang diawetkan
Sama seperti yang di atas disebutkan, sosej maupun burger merupakan berasal daripada daging yang diawetkan. Makanan tinggi protein ini seterusnya dapat merosakkan sel-sel otak.

7. Alkohol
Minuman yang beralkohol membuat penikmatnya hilang ingatan, bahkan tidak sedarkan diri dan mabuk, jika diambil dalam jangka waktu yang lama, alkohol boleh merosakkan sistem otak.

8. Pemanis buatan
Banyak yang menggunakan pemanis buatan sebagai pengganti gula, namun jika diambil secara terus menerus, gula buatan ini bisa membuat kerja otak tidak normal. - 1hikayatMalaysia

0 Response to "8 Jenis Makanan yang Boleh Menurunkan Kecerdasan Otak Manusia"

Post a Comment