Kuala Lumpur : "Terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan kedutaan. Saya bersyukur," demikian reaksi pertama Azizul Raheem Awalludin sebaik tiba di Kedutaan Malaysia di Stockholm.
Dia yang tiba di kedutaan jam 4.30 petang (waktu tempatan), memberi reaksi itu menerusi khidmat pesanan ringkas selepas tiba di kedutaan serta menghadiri pertemuan tertutup bersama pegawai kerajaan.
Ketibaan Azizul yang juga Pengarah Tourism disambut ahli keluarga terdekat yang berada di Stockholm untuk bertemunya di sana.
Ketibaan Azizul yang juga Pengarah Tourism disambut ahli keluarga terdekat yang berada di Stockholm untuk bertemunya di sana.
AZIZUL gembira selepas dibebaskan dari penjara Sweden dan bakal pulang ke tanah air untuk bertemu empat anaknya.
Beliau sempat menghubungi keempat-empat anaknya di Kelantan untuk bertanya khabar sebelum dibawa ke hotel.
Difahamkan, Azizul akan bertemu dengan isterinya, Shalwati Norshal di penjara jam 10 pagi waktu tempatan dan pulang ke Malaysia 15 Julai ini.
0 Response to "Terima Kasih Malaysia! Azizul akan pulang pada 15 Julai"
Post a Comment