"Jaga anjing saya Lexi" !!! itulah mesej terakhir Angeline Premila Rajandran, seorang pramugari jelita berusia 30 tahun salh seorang daripada mangsa tragedi mengejutkan Penerbangan Malaysia MH17.
Abangnya Murphy Govind, 29, menyifatkan beliau sebagai "ibu" kepada haiwan kesayangannya. Govind memberitahu Star Online bahawa kakaknya Angeline Premila Rajandran adalah seorang pencinta haiwan. Rajandran gemar menaiki kapalterbang dan suka melancong telah menyertai syarikat itu sejak berusia 20 tahun dan tetap setia dengan kerjayanya.
Kebimbangan keluarganya terhadap keselamatan Angeline beberapa bulan yang lalu begitu tinggi, selepas penerbangan MH370 hilang dari skrin radar tanpa kesan 8 Mac lalu, dan sering memberitahu hal ini, lapor Guardian.
"Dia juga bimbang, sudah tentu dia merasa bimbang," kata Murphy, yang menguruskan perniagaan keluarganya. "Tetapi dia sangat sayangkan pekerjaannya dan tidak pernah mengeluh."
Angeline, digambarkan sebagai peramah, mempunyai ramai kawan-kawan dan sangat rapat dengan keluarganya, sering menjadi model menghiasi muka hadapan majalah syarikat penerbangan dan akan promosi syarikat.
Angeline akan terus berhubung melalui aplikasi rangkaian sosial seperti WhatsApp, di mana seluruh keluarga akan bercakap bersama-sama dalam "perbualan kumpulan" .
Angeline telah banyak kali bertugas ke Amsterdam sebelum ini dan biasanya akan pulang ke rumah selepas penerbangan antarabangsanya dengan menaiki bas ulang-alik - jadi keluarganya sangat terkejut menerima panggilan telefon lewat malam memberitahu ada sesuatu yang berlaku.
"Bapa saya mendapat panggilan pada kira-kira 04:00 pagi mengesahkan bahawa kakak berada dalam penerbangan itu tetapi penerbangan itu msih belum mendarat lagi. Pesawat tersebut sepatutnya mendarat pada pukul 6 pagi, "kata Murphy, menambah keluarganya telah keliru dengan maklumat yang dikongsi dengan mereka.
Tidak lama kemudian, salah seorang rakan yang bertugas di Malaysia Airlines menghubungi mereka dan mengesahkan bahawa Angeline adalah salah seorang daripada krew dan pewasat tersebut terhempas.
“Mesej terakhirnya adalah ‘Tolong Jaga Anjing Saya,’” seekor anjing yang baru 4 bulan dijaga bernama Lexi.
0 Response to "MESEJ TERAKHIR MANGSA TRAGEDI MH17"
Post a Comment