Ketika orang ramai mengecam tindakan Astro memberikan kontrak yang lumayan kepada salah satu syarikat Yahudi, ada yang berfikiran kurang cerdik dengan mencabar pengguna Astro untuk memboikot servis penyiaran itu.
Staff Astro yang menggunakan nama Facebook Finaz Othman itu berkata di satu komen dalam satu status di Facebook " Naik boikot konon..SILAKAN! jgn nnti sebulan dua call astro nak sambung balik" jelas memperlekehkan boikot yang sedang dilakukan orang ramai setelah isu Astro ini timbul.
Keratan komen beliau telah dikongsi di laman Facebook dengan tujuan untuk menyahut cabaran angkuh yang telah ditujukan kepada pengguna Astro yang rasa kurang senang dengan kontrak yang diberikan oleh Astro tersebut.
Rasanya, perbuatan melekehkan boikot oleh orang ramai ini memang tidak patut. Jika merasakan aktiviti memboikot Astro ini tidak akan menjadi sekalipun, tidak perlulah mengeluarkan kata-kata angkuh sedemikian rupa. Lebih baik diam dari mengutuk orang lain - SiakapKeli.com
0 Response to "STAFF ASTRO TAK HERAN PUN KORANG NAK BOIKOT ASTRO"
Post a Comment