Boikot Produk Israel bukan Produk Yahudi. Faham?
SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.
Menurutnya, kegagalan itu membezakan itu termasuk di Malaysia.
“Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi,” tulisnya pada laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.
“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut sempat menegur pihak yang memperkecil usaha memboikot produk Israel.
“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan, dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu).
Sebelum ini, media asing melaporkan Israel ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.
Malah Perdana Menterinya itu menganggap kempen boikot tersebut adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.
Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari kelima.
Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya.
0 Response to "Boikot Produk Israel bukan Produk Yahudi. Faham?"
Post a Comment