PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK DI UKRAINE 295 PENUMPANG DAN KREW TERBUNUH.





Sebuah pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.

Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.

Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi.

VIDEO KEJADIAN


Kemaskini dan Susulan

03 : 30am - BACA: Teori MH17 ditembak berpunca daripada MH17 seakan-akan sama dengan pesawat Rusia

02 : 44am - BACA: Kota hitam MH17 dijumpai - Interfax

02 : 41am - Presiden Rusia ucap takziah 

02 : 35am - Penerbangan MH17 tidak mempunyai sebarang gangguan  - Krew MAS, dipetik dari myMetro

02 : 35am - US akan membantu siasatan - Obama

02 : 33am - Keluarga pramugari terlibat, Nur Shazana Mohd Salleh berkata mereka mendapat berita dari CNN

02 : 01am - Gambar Misil yang dipercayai menembak MH17, buatan Rusia


02 : 00am - US sedang menyiasat samada misil yang ditembak adalah buatan Rusia

01 : 57a.m - Gambar sayap ekor MH17 - Reuters


01 : 43a.m - Presiden Ukrain ,Petro Poroshenko percaya nahas terjadi angkara 'serangan pengganas'

01 : 42a.m - Lagi gambar di tapak kejadian - NBC News


01 : 35a.m - Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kampunng Grabovo - Reuters

01 : 29a.m - Gambar yang menyedihkan dari Life News


01 : 26a.m - MAS akan mengadakan sidang media pada jam 4 pagi di KLIA

01 : 20a.m - Sepuluh (10) penerbangan Malaysia Airlines, 5 pelepasan dan 5 ketibaan di KLIA dibatalkan

01 : 11a.m - BACA: MH17: PM Terkejut dan Kerah Siasatan Segera

12 : 50a.m - Gambar diambil oleh BBC

12 : 39a.m - Gambar diambil oleh saksi


12 : 30a.m - Kesemua anak penumpang maut- Awani

12 : 30a.m - Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA

12 : 25a.m - Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters

12 : 20a.m - Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters

12 : 15a.m - Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST

12 : 07a.m - Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter

12 : 04a.m - Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP

11 : 57p.m - 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 50p.m - Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 47p.m - MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m - AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki




Berikut adalah gambar-gambar MH17 yang terhempas dipercayai ditembak. Gambar-gambar ini menunjukkan MH17 musnah teruk sekaligus boleh memberi gambaran terhadap nasib dan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa. ─ SiakapKeli.com

Bagaiamanapun tidak semua gambar-gambar ini dapat disahkan sumbernya.
















Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar sekitar lokasi nahas MH17 di timur Ukrain, lapor Reuters.

Seorang pekerja yang terlibat dalam menyelamat nahas pesawat MH17 berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui di tempat kejadian di Grabovo dan serpihan pesawat boleh dilihat sekitar 15 kilometer.



Logo yang dapat dilihat di ekor pesawat adalah lambang syarikat penerbangan MAS jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


“Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal,” kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.


Seorang dari puak pemisah, Krasnyi Luch yang berada berdekatan dengan lokasi nahas berkata, dia ternampak kapal terbang itu turn dari ketinggian yang tinggi kemudian terdengar dua letupan.


Bagaimanapun, Luch menafikan misil ditembak adalah dari puak pemisih.


“Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah),” katanya kepada Reuters


Beliau juga berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian. – Reuters


KIEV, 18 Julai - Interfax hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Pemisah pro-Rusia di Timur Ukraine berkata mereka telah menemui 'kotak hitam' perakam penerbangan yang telah dijatuhkan oleh pesawat Malaysia Penerbangan MH17 - Lapor Reuters
Operasi mengambil kotak hitam dari bangkai pesawat MH17

Kotak hitam milik pesawat Boeing 777 itu telah dijumpai sejauh 60km dari sempadan Rusia. 




Setelah dikejutkan dengan peristiwa MH17, kini salah seorang pekerja dari MAS telah mengambil gambar screen krew-krew yang terlibat dalam penerbangan tersebut.

Diharap agar semua keluarga mangsa bersabar dan ucapan takziah dari SK. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam - SiakapKeli.com

Berikut adalah senarai-senarai kru MH17 berdasarkan gambar screen tersebut:

1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA

2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA

3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA

4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA

5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA

6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA

7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA

8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA

10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA

11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA

12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA

13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA

15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN - PEREMPUAN / MALAYSIA

Gambar Screen




Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.

Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.
Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.



"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.


"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.


KUALA LUMPUR: Kejadian nahas MH17 yang ditembak jatuh oleh misil dipercayai misil Buk mengejutkan seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melalui twitternya melahirkan perasaan terkejut dengan nahas pesawat tersebut. Perdana menteri mahukan siasatan segera dilakukan mengenai nahas terbabit.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya berkata, masih belum ada pengesahan tentang perkara itu.



"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya. 




Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu. - Harian Metro

0 Response to "PESAWAT MAS MH17 DITEMBAK DI UKRAINE 295 PENUMPANG DAN KREW TERBUNUH."

Post a Comment