Kuala Lumpur: "Alhamdulillah dia (isteri) nampak sihat, tak sakit dan boleh berpuasa dengan baik. Gembira bila dapat tengok dia dan berbual selepas kali terakhir berjumpa ketika hukuman dijatuhkan.
"Dia juga sempat tinggalkan pesan kepada anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh, jaga diri, doakan dia sihat dan dapat pulang ke Malaysia," kata Azizul Raheem Awalludin selepas bertemu isterinya Shalwati Norshal di penjara Hinseberg di Frovi, Sweden.
Dalam pertemuan selama satu jam yang diaturkan kedutaan Malaysia di sana, mereka sempat bertanya khabar masing-masing dengan Azizul diiringi dua pegawai penjara yang turut sama dalam pertemuan itu.
"Kami berbual pada jarak yang terhad. Namun itu sudah cukup kerana yang penting saya nampak dia sihat, emosi pun bagus.
"Kami berbual pada jarak yang terhad. Namun itu sudah cukup kerana yang penting saya nampak dia sihat, emosi pun bagus.
AZIZUL tiba di tempat letak kereta penjara Hinseberg di Frovi, Sweden untuk bertemu isterinya sebelum pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
"Kes ini sudah selesi dan saya akan pulang bertemu anak-anak di tanah air. Doakan kami dapat menempuhinya dengan tabah dan dipermudahkan segalanya," katanya menerusi panggilan telefon kepada Harian Metro.
Azizul dibebaskan daripada penjara di Sweden kelmarin selepas menjalani hukuman atas kesalahan memukul empat orang anaknya.
Bagaimanapun, Shalwati hanya akan dibebaskan September ini atas kesalahan sama.
Pada 28 Mac lalu, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm di Sweden menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap Shalwati bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.
Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama Wisma Putra dan pihak berkuasa Sweden. - myMetro
0 Response to "Alhamdulillah Shalwati nampak Sihat dan Berbuasa dengan baik"
Post a Comment