TERHARU.. Di tahan Lokap. Nurul Izzah Menangis Sebak, Anak Tak Mahu Lepaskan.

Nurul Izzah Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, kelihatan menangis sebak ketika hendak dibawa ke dalam lokap Jinjang oleh pihak polis.
Menurut post dalam Laman Facebook Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Nurul Izzah juga dilihat menangis ketika beliau dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anaknya sebelum beliau dihantar ke lokap Jinjang.



“Beliau akan ditahan satu malam dan polis akan cuba memanjangkan tahanan reman esok,” lapor laman Facebook PKR tersebut.
Nurul Izzah adalah merupakan Naib Presiden PKR, beliau telah ditahan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur.
Beliau telah ditahan oleh pasukan polis pada pukul 3.30 petang susulan daripada  ucapan oleh Ketua Pembangkang yang dibacakan oleh beliau mempunyai kandungan yang menghina sistem kehakiman negara ketika sesi persidangan Parlimen baru-baru ini.
Kredit Mynewshub 

0 Response to "TERHARU.. Di tahan Lokap. Nurul Izzah Menangis Sebak, Anak Tak Mahu Lepaskan."

Post a Comment