GST: ALHAMDULILLAH BANYAK BARANG TURUN HARGA KATA AHMAD MASLAN

KITA telah pun sedia maklum mengenai pelaksanaan GST atau cukai barangan dan perkhidmatan akan bermula  pada 1 April nanti.
Meskipun terdapat pihak yang telah mengatakan jika GST dilaksanakan ianya akan meningkatkan lagi kadar inflasi negarana mun telah perkara ini telah diberikan penjelasan dari Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
maslan
Beliau begitu konsisten dalam menyampaikan penjelasan serta jaminan oleh pihak kerajaan mengenai kebaikan GST terhadap pembangunan ekonomi serta dapat mengurangkan bebanan kos hidup rakyat.

Beberapa petikan dalam laman Twitternya,  beliau telah memberikan beberapa senarai barangan yang akan turun harga bila GST dikuatkuasa pada 1 April 2015 nanti.
Sebagai contoh  barangan elektrik, perabot,pakaian, dan barangan dapur 
Alhamdulillah gembira rasanya bila banyak barang yang akan  turun harga.
masalan
Kalau sekiranya ia tidak berlaku seperti yang telah diwar-warkan?
Pasti Rakyat akan mengungkit kembali apa yang dicanangkan oleh beliau.
Kita tidak bersikap menolak GST, namun diharapkan agar kesan daripada pelaksanaan GST tersebut haruslah minima ke atas rakyat jelata dan semoga apa yang diperkatakan, oleh ahmad Maslan akan dikotakan sebaiknya dan setidak-tidaknya ia memang benar-benar terjadi.
-MYNEWSHUB

0 Response to "GST: ALHAMDULILLAH BANYAK BARANG TURUN HARGA KATA AHMAD MASLAN"

Post a Comment