KESIAN!! Perempuan Bangga Perbuatannya Merampas Suami Orang


Nak muntah rasanya bila Seorang perempuan dengan sengaja memuat naik status bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga wanita lain.

"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.

"Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.

"Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," itulah catatan status yang ditulis oleh wanita tersebut pada 10 Mac 2015 lalu.

Caption pada gambar yang telah dimuat naik oleh wanita yang bernama  Que itu telah membuatkan orang ramai menghentamnya serta menggelarnya sebagai perampas laki orang. Pada hari yang sama beliau telah mengupdate status lain;

"Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku," katanya.

Bekas Isteri kepada lelaki yang bernama Aswad, Siti telah sudah 13 tahun terjalin dan mereka telahpun dikurniakan seorang anak perempuan berumur 13 tahun. Tapi akhirnya ikatan perkahwinan tersebut, musnah begitu sahaja dengan kehadiran orang ketiga bernama Que ini..



"Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir,"

Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. 

1 Response to "KESIAN!! Perempuan Bangga Perbuatannya Merampas Suami Orang"