Wajah Sebenar Jihadi John Lelaki Bertopeng IS Didedahkan Polis Britain


Lelaki bertopeng dalam militan kumpulan ISIS yang dikenali sebagai “Jihadi John”, yang telah digambarkan dalam video di mana tebusan dipancung kepala, telah dinamakan, lapor BBC.


Dia dikenali sebagai Muhammad Emwazi, seorang lelaki British Kuwait dalam lingkungan pertengahan 20-an dari barat London, yang sebelum ini dikenali dengan perkhidmatan keselamatan British.








Polis British enggan mengulas perkara ini, namun dikatakan siasatan sedang dijalankan.
Emwazi pertama kali muncul dalam video Ogos lalu, apabila dia nampaknya membunuh wartawan AS James Foley.
Dia kemudian telah digambarkan dalam video yang menunjukkan wartawan AS, Steven Sotloff, pekerja bantuan British, David Haines, pemandu teksi British, Alan Henning, dan pekerja bantuan Amerika, Abdul-Rahman Kassig, yang juga dikenali sebagai Peter dipenggal kepala.


kredit:  http://bm.therakyatpost.com

0 Response to "Wajah Sebenar Jihadi John Lelaki Bertopeng IS Didedahkan Polis Britain"

Post a Comment