Entah Kenapalah agaknya… tiba-tiba nama Neelofa disebut-sebut bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja.
Namun begitu Neelofa yang terkenal sebagai Pelakon dan pengacara jelita itu pula masih mendiamkan diri dan tidak mahu mengulas lanjut tentang khabar angin bakal suaminya itu.
Namun begitu Neelofa yang terkenal sebagai Pelakon dan pengacara jelita itu pula masih mendiamkan diri dan tidak mahu mengulas lanjut tentang khabar angin bakal suaminya itu.
Sementara itu, pihak kami berjaya menemu ramah Neelofa dalam majlis sambutan hari jadinya ke-26 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, semalam.
Haaa… Saat-saat inilah kami cuba mengusik pengacara Meletop ini perihal sejauh mana hubungan itu terjalin.
Menurut Neelofa atau mesra disapa Lofa, 26 berkata, dia akui takut untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan perihal kerabat diraja yang boleh disalah ertikan.
“Tak perlu saya komen untuk statement yang melibatkan orang sebegitu.. Saya takut salah cakap.” katanya.
Bagaimanapun, gadis jelita ini bijak berahsia dalam mengatur jawapan setiap soalan yang diutarakan.
Dia juga memberitahu setakat ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015.
“Saya tak rush untuk perkahwinan.. Maksud saya tiada persiapan kahwin, merisik dan meminang pada mana-mana tarikh tahun ini. Tapi fokus ke arah yang lain, ” ujarnya.
Sementara itu, Lofa turut meluahkan kesyukuran atas rezeki yang sentiasa mencurah-curah dalam bidang perniagaan yang diceburi hasil perkongsian bersama keluarganya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasas kosmetik Airis, Datuk Aizuddin Ghazali dan pereka fesyen terkenal Bon Zainal. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Neelofa Mengaku Takut Tersalah Cakap Perihal ‘Kerabat Diraja’"
Post a Comment