Kesian!! Penjawat Awam Buat Part Time Jual Ubat Tenaga Batin Online Kantoi
KUALA TERENGGANU – Kesian!! Penjawat Awam Buat Part Time Jual Ubat Tenaga Batin Online Kantoi dengan penguat kuasa Cawangan Penguat kuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan negeri, Khamis lalu.
Lelaki berumur 32 tahun itu ditangkap pada pukul 2.30 petang ketika sedang menjalankan urus niaga dengan seorang pelanggan berdekatan dengan pejabatnya di bandar Kuala Terengganu.
Hasil daripada tangkapan itu, pegawai penguatkuasa telah merampas 50 jenis ubat perangsang tenaga batin dan pelangsing badan tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bernilai mencecah hampir RM12,000 yang disembunyikan dalam bonet kereta dan juga di rumahnya di Manir.
Menurut Dr Mohammad Omar, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, antara jenama ubat yang telah dirampas adalah Vimax Men Delay Spray.,Bestslim, Semenex, Catuaba dan Tissue Super Magic Man
“Paling mengejutkan adalah penemuan ubat perangsang tenaga batin berbentuk gula-gula getah iaitu Sex Love Chewing Gum” jelasnya dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Bahagian Farmasi, semalam.
Hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak CyberSecurity Malaysia terhadap telefon bimbit lelaki tersebut mendapati, suspek telah menjalankan urus niaga dengan menggunakan aplikasi laman sosial seperti Facebook dan WeChat di samping berhubung dengan pelanggannya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.
Siasatan turut mendapati , suspek telah menjalankan bisnes tersebut sejak dua tahun dan memperoleh pendapatan bulanan yang cukup lumayan iaitu antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.
“Oleh itu, kita minta semua penjual dan pengedar ubat-ubatan dan kosmetik tidak berdaftar dengan KKM agar segera menghentikan kegiatan mereka atau berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.
“Jangan beli ubat, produk kesihatan dan bahan kosmetik melalui internet atau mana-mana media sosial kerana produk-produk itu mungkin tidak diluluskan kementerian.
“Orang ramai juga dinasihatkan tidak terlalu percaya dengan iklan atau tuntutan perubatan yang disiarkan di laman digital kerana kandungannya diragui dan mungkin membahayakan kesihatan orang awam.
“Sebarang pertanyaan atau makluman orang ramai boleh merujuk kepada Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri Terengganu atau mana-mana cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri lain,” katanya. - Sinar Harian
0 Response to "Kesian!! Penjawat Awam Buat Part Time Jual Ubat Tenaga Batin Online Kantoi"
Post a Comment