Norman KRU Nafi Video Klip Lagu Sandiwara Ditujukan Kepada TGNA


KRU Music menafikan sekeras-kerasnya pihaknya terlibat dengan penyebaran sebuah video yang dikaitkan dengan sebuah parti pembangkang. 

Menurutnya, lagu berjudul ‘Sandiwara’ nyanyian Tyco juga tidak ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik. 

Malah pihaknya akan membuat laporan polis terhadap individu yang menghasilkan video berkenaan dengan menggunakan lagu milik syarikat itu. 

“Pihak KRU Music selaku pemilik hakcipta lagu ini dan mewakili artis kami menafikan sekeras-kerasnya lagu ini ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik. 

“Pihak kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis terhadap individu yang tidak bertanggung-jawab yang menghasilkan video tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Lagu yang dikeluarkan pada tahun 2000 itu kini viral apabila sesetengah pihak mengaitkan lagu berkenaan dengan menyiarkan beberapa gambar bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu. 

“Lagu ini diinspirasikan dan berdasarkan isu yang hangat diperkatakan ketika itu iaitu insiden Al Maunah sehingga menjejaskan keamanan negara. 

“Liriknya ditulis menceritakan seorang individu yang terkeliru dengan fahaman sesat sehingga terjebak didalam kegiatan ekstrimisme sekaligus memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” jelasnya. 

Katanya, tindakan individu yang membuat interpretasinya sendiri dari lirik lagu ini adalah melanggar hak cipta milik syarikat itu. 

Malah ia turut dikesali kerana berupaya menimbulkan spekulasi serta boleh menjejas nama baik semua pihak termasuk tokoh yang amat kami hormati yang dipaparkan didalam klip video berkenaan. 

“Ia jauh tersasar dan diluar konteks. Dengan mengaitkan lagu ini dengan imej-imej provokatif (melalui video yang dimuat-naik 1-2 hari yang lalu) bukan saja melanggar hakcipta milik kami tetapi yang lebih dikesali mengganggu ketenteraman awam,” katanya. 

Sandiwara - Tyco 

Setelah sekian lama
Tak pernah ku tertanya
Mengapa ceritamu begitu sempurna
Tanpa rasa curiga dirimu ku terima
Dengan ideologi menghina mencaci
Darimu ku belajar bersikap kurang ajar
Wahai tok guruku kau racun mindaku
Namun aku tersedar terlewat dari masa
Aku sudah terkena
Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku
( korus )
Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih kau jadikan kelabu hatiku menjadi haru-biru
Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu
Setapak langkah aku dua tapak kau maju
Mindaku kau baca bagai sebuah buku
Kau buat ku percaya apa ku nak percaya
Hidupku kau atur bagaikan catur
Bila yang benar kau kata sandiwara
Tapi yang sebenar kau bijak putar fakta
Bukan sahaja itu tapi yang lebih pilu
Kau pecah belah ummatku
Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku
( korus )
Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih di lautan hijau aku seumpamanya dipukau
Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu
Kau beriku ku informasi
Tafsiran yang tersendiri
Dan demi kepentingan diri
Yang kanan kau kata kiri
Hingga ku benci, benci, benci pada semua
Kerna itu aku sanggup menderhaka
Kau telah meracun minda
Ku gagal lihat yang benar
Nasihat orang tuaku ingkar
Kerana kau ku buat ku percaya
Mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
( korus )
Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih di lautan hijau aku seumpamanya di pukau
Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu 

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

0 Response to "Norman KRU Nafi Video Klip Lagu Sandiwara Ditujukan Kepada TGNA"

Post a Comment