Memang betul-betul taiko segala ‘Mat Rempit’ ini!
Apa taknya, seorang lelaki dari India bertindak berani mati apabila menggabungkan aksi yoga di atas motosikal yang sedang bergerak selaju 60km/hr.
Gugulotu Lachiram, 40 tahun cukup dikenali di daerahnya gara-gara kemampuannya melakukan aksi yang dianggap berbahaya tersebut.
Lebih mengejutkan, lelaki ini dikatakan melakukan aksi-aksi tersebut tanpa mengunakan sebarang peralatan keselamatan.
Bijak menimbangi badannya di atas motosikal menyebabkan Gugulotu boleh melakukan pelbagai aksi ala-ala seperti watak adiwira terkenal, Superman.
Jom kita saksikan….
Dia yang begitu mengilai aksi motosikal dan yoga secara tiba-tiba terfikir untuk mengabungkan hobinya menjadi sesuatu yang luar biasa enam tahun lalu.
Bagaimanapun, jangan pula ada yang cuba meniru-niru aksi ini di rumah yer! – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO: Hebat Mat Rempit India Ini Boleh Buat Yoga Atas Motorsikal Bergerak Laju"
Post a Comment