ASTAGFIRULLAHALAZIM!!! Bayi baru lahir dicampak dari tingkat 3.
KUALA LUMPUR: Kerana terlalu panik seorang remaja permpuan yang melahirkan anak luar nikah telah bertindak nekad menampak bayi perempuannya itu dari tingkat 3 pangsapuri Taman Sri Endah, Sri Pertaling,
Suspek yang berasal dari sabah itu bertindak demikian kerana takut diketetahui oleh keluarganya yang dia mengandung. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 semalam dan telah ditemui oleh Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam keadaan telentang di tepi sebuah kereta di pangsapuri itu.
Menurut anggota SRS yangmenjumpai bayi tersebut dia mulanya menyangka bungkusan sampah yang telah dibuang dari atas menyebabkan dia mahu mengutip untuk dibuang dala tong sampah. Tetapi beliau amat terkejut kerana dalam plastik tersebut terdapa mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan bertali pusat menyebakan beliau terus menghubungi pihak polis.
Menutut Pengerusi SRS pangsapuri itu, Dzulkarnain Ariffin berkata, mereka terkejut sejurus melihat bayi itu yang dipercayai mati akibat terhempas.
Menurutnya, mayat bayi itu yang mengalami kecederaan di kepala dan badan disyaki terhempas di atas atap dapur rumah penduduk sebelum berguling terjatuh ke atas rumput.
“Soal siasat polis mendapati ibu bayi itu tinggal di tingkat tiga blok berkenaan. Suspek berusia 15 tahun dan baru datang dari Sabah untuk mencari pekerjaan di sini selepas berhenti sekolah.
“Kejadian itu bagaimanapun tidak diketahui keluarga berikutan remaja itu melahirkan bayi di dalam bilik tidurnya,” katanya.
Hasil siasatan pihak polis telah mengena pasti rumah suspek dan hasil serbuan menjumpai kain batik ayng masih berdarah yang diperayai digukana untuk melahirkan bayi tersebut didalam bilik suspek.
Suspek dikatakan telah menjalinkan hubungan denga seorang warga Indonesia yang tinggal berhampiran dengan rumahnya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Remaja itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan akan ditahan untuk siasatan,” katanya.- Siakapkeli.com.my
0 Response to "ASTAGFIRULLAHALAZIM!!! Bayi baru lahir dicampak dari tingkat 3."
Post a Comment