ALVIN TAN Hina Sultan Selangor Akta Hasutan amat perlu bagi mengawal individu-individu kurang ajar



Sebelum ini Alvin Tan dengan bangganya menghina ibadah puasa umat Islam dengan mempromosikan hidangan Babi di bulan Ramadhan.

Anak cina biadap tersebut yang terkenal dengan aksi lucah bersama pasangannya dengan bangga mengajak umat Islam makan hidangan Babi tanpa memperdulikan sensitiviti kaum dalam negara. 

Setelah banyak laporan Polis dibuat oleh rakyat yang tak marah dengan tindakan kurang ajarnya itu, tahu pula Alvin melarikan diri ke luar negara kerana takut dikenakan tindakan undang-undang. 

Kini Alvin bertambah kurang ajar apabila semakin berani menghina Sultan dan Raja-Raja melayu. Mungkin dia ingat tak ada siapa mampu berbuat apa-apa kerana kini dia diluar negara. Tapi pihak PDRM kini sudah berkerjasama dengan Interpol bagi mengheret Alvin Tan ke muka pengadilan. 

Alvin Tan merupakan salah satu diantara individu penyokong Pakatan Rakyat yang amat kurang ajar serta mahu negara ini kucar kacir. Mereka mempunyai perancangan untuk menjadikan Malaysia huru hara dengan sentimen-sentimen benci kepada pemerintah. 

Oleh kerana itulah Undang-Undang seperti Akta Hasutan perlu di perkuatkan dan di perluaskan. Akta Hasutan amat perlu bagi mengawal individu-individu kurang ajar yang dicipta oleh Pakatan Rakyat. Akta Hasutan bukan sahaja digunakan untuk mengawal mereka-mereka ini, malah ia perlu untuk menghalang sentimen perkauman serta kenyataan-kenyataan biadap dibuat oleh rakyat yang tidak waras seperti Alvin.  

Kesimpulannya, tindakan yang dibuat oleh Perdana Menteri DS Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dilihat amat tepat untuk keamanan negara. 

Walaupun ramai dikalangan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat membantah Akta Hasutan dikekalkan, tapi percayalah bahawa mereka itu takut sebenarnya kerana niat mereka untuk meruntuhkan keamanan negara dihalang. Akta Hasutan memang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, tetapi ianya dibenci oleh individu-individu yang suka pada kekacauan! -chewan/Utaranews.

0 Response to " ALVIN TAN Hina Sultan Selangor Akta Hasutan amat perlu bagi mengawal individu-individu kurang ajar"

Post a Comment