Semalam kita digemparkan dengan kejadian seorang guru di SMK Taman Desaminium Seri Kembangan Cheras bersalin di pejabat dan disambut oleh Pengetua dan Pegawai PPD yang memang tidak ada pengalaman menjadi bidan.
Ada pula yang tidak pasti dengan peristiwa hingga ada yang memberi komen-komen negatif tanpa usul periksa.
CERITA SEBENAR
Berikut adalah cerita daripada guru yang bersalin berdasarkan salinan whatsappnya kepada rakannya seorang Ustazah.
Pada jam 10:30 pagi, guru tersebut telah merasai sakit contraction dan beliau masih dapat bertahan tetapi contraction tersebut semakin kuat dan kerap setelah sejam kemudian.
Namun begitu guru tersebut masih tetap meneruskan tugasnya mengajar seperti biasa tanpa memikirkan risikonya.
Guru tersebut terus menghubungi ibu bapa mertuanya serta suami untuk membawanya ke hospital dari sekolah.
Pada jam 12.00 tengah hari guru tersebut berjumpa dengan Pengetua yang sedang berbincang dengan pegawai PPD di pejabat dan Pengetua mencadangkan supaya beliau perlu dibawa segera ke hospital dan meminta guru lain untuk menghubungi ambulan untuk membawa guru tersebut ke hospital bimbang suaminya tdiak sempat sampai ke sekolah.
Tiba-tiba ketika sedang menunggu suaminya tiba, air ketubannya pecah dan beliau terasa kepala bayi tersebut sudah hendak keluar.
Pengetua dan pegawai PPD terus keluar untuk membantu guru tersbut bersalin di dalam pejabat sekolah tesebut, dengan bantuan daripada guru-guru dan kaki tangan lain, mereka telah membentangkan tilam dan bantal dan dalam keadaaan panik dan kecoh guru tersebut merasai dua kali contraction dan terus sahaja bayinya keluar. Subhanallah!!!
Suaminya tak sempat sampai kerana masih dalam perjalanan dari Cheras.
Semuanya selamat, ada juga guru-guru yang menangis kegembiraan menyaksikan keajabian yang berlaku di sekolah, dan pengetua beberapa kali memuji kebesaran Allah S.W.T dengan mengucapkan Subhanallah dan Allahu Akbar terus memeluk dan mencium guru wanita tersebut dana pegawai PPD tersebut terus memeganf bayi tersebut dan menunggu ketibaan pegawai perubatan untuk memotong tali pusat bayi tersebut.
Sesungguhnya guru wanita tersebut amat bersyukur kerana Allah S.W.T telah memberikan kekuatan kepada Pengetuanya dan pegawai PPD untuk menyambut bayi guru wanita tersebut walaupun mereka tidak ada pengalaman langsung sebagai bidan dan menyambut bayi.
Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua yang terlibat dalam peristiwa yang Unik ini.
0 Response to "KRONOLOGI CERITA SEBENAR GURU BERSALIN DI SEKOLAH DISAMBUT OLEH PENGETUA SEKOLAHNYA SENDIRI DAN PEGAWAI PPD"
Post a Comment