ANAK SULUNG DAH MAKAN HABIS ROTI BARU SEDAR ROTI SOSEJ DAH BERKULAT DAN BERULAT

  • Roti yang baru dibeli berkulat.Roti yang baru dibeli berkulat.
 1 / 1 
KLUANG - Hasrat satu keluarga untuk menikmati roti yang dibeli di sebuah pasaraya di pinggir bandar di sini terbantut apabila mendapati roti yang berintikan sosej itu telah berkulat serta berulat.

Pengadu berkenaan, Saiman Surat, 43, yang tinggal di Taman Puteri di sini berkata, roti berkenaan dibeli Jumaat lalu (1 Ogos) ketika dia bersama isterinya.

“Apabila saya ingin menjamah roti berkenaan, saya terkejut melihat tepi roti berkenaan sudah bercendawan.,” katanya .

Saiman berkata, melihat keadaan roti itu dia terus menghalang anak-anaknya meneruskan makan tetapi anak sulungnya telah makan roti berkenaan sehingga habis.

Apa yang menghairankan roti tersebut baharu dibuat pada hari saya membelinya dan boleh dimakan sehingga keesokannya (2 Ogos),” katanya.

Sementara itu, Jurucakap pengurusan pasaraya tersebut berkata, pihaknya rasa kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan menarik balik semua jenis roti berintikan sosej dan siasatan akan dijalakan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut. - sinarharian

0 Response to "ANAK SULUNG DAH MAKAN HABIS ROTI BARU SEDAR ROTI SOSEJ DAH BERKULAT DAN BERULAT"

Post a Comment