Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015 dan Jadual Cuti Umum

Gaji Dapat Awal

Berita baik untuk penjawat awam, gaji pada tahun depan semua keluar cepat belaka. Yang Paling lambat sekali ialah pada  bulan Jun, iaitu 25 Jun.

Paling awal tentulah time nak raya, bulan Julai. Hari Raya Puasa dijangka pada 17 dan 18 Julai, gaji masuk 9 Julai. Memang  best!!

Sila save dalam handphone yer atau di Google Calendar. Senang nanti dapat notification awal.


BulanTarikh GajiHariCatatan
Januari
22/1
Khamis

Febuari
12/2
Khamis
Tahun Baru Cina. 19/2 - 20/2
Mac
23/3
Isnin

April
23/4
Khamis

May
22/5
Isnin
Pesta Keamatan 30 - 31/5
June
25/6
Khamis
Hari Gawai 1/6 -2/6
Julai
9/7
Khamis
Hari Raya Puasa 17 - 18/7
August
24/8
Isnin

September
17/9
Khamis
Hari Raya Haji 24/9
Oktober
22/10
Khamis

November
23/11
Isnin
Hari Deepavali 10/11
December
17/12
Isnin
Hari Krismas 25/12


Sila Buat Perancangan Cuti Anda dan Kenduri Kahwin


Cuti-cuti pada tahun 2015, nampaknya memberansangkan sebab banyak cuti jatuh pada hari Ahad, Jumaat dan Isnin. Untungla senang nak melancong jauh-jauh sket. 

Bulan Febuari paling banyak cuti, dari Hari Wilayah, Thaipusam dan Tahun Baru Cina. Siapa yang kerja di KL, Putrajaya dan Labuan boleh dapat cuti 4 hari. Hujung minggu dicampur dengan Isnin, Hari Wilayah dan Selasa, Perayaan Thaipusam. Tahun baru Cina pun jatuh pada hari Khamis dan Jumaat pada 19 dan 20 Febuari, so boleh cuti panjang 4 hari terus. 

Bulan Mei pun menarik juga, cuti Hari Buruh, Jumaat, 1 Mei dan Hari Wesak pada Ahad 3 Mei terus dibawa ke Isnin 4 Mei 2015. So sudah 4 hari cuti disitu. 

Nampaknya tahun 2015, bolehla simpan cuti tahunan untuk cuti panjnag di hujung tahun. Sebab tak payah nak ambil cuti tahunan untuk sambung cuti perayaan. 

Selamat Merancang Cuti Anda. Jangan lupa save di Google Calendar.
 

0 Response to "Jadual Gaji Kakitangan Awam 2015 dan Jadual Cuti Umum "

Post a Comment