Pelajar berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sejurus MPV yang merempuh bahagian belakang treler itu terperosok ke bawah badan kenderaan berat terbabit kira-kira jam 9.30 pagi.
Ketika kejadian, MPV dinaiki mangsa bersama ibu dan bapanya, selain dua rakan dipercayai cuba memotong treler di hadapan, namun gagal kerana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah belakang sebelum tergesa-gesa memasuki semula laluan asal.
Jurucakap polis berkata, ketika cuba memasuki laluan asal itu, MPV terbabit merempuh bahagian belakang treler sebelum terperosok ke bawahnya, lalu tersekat pada badan kenderaan berat berkenaan dan diseret sejauh 30 meter.
Sepasukan anggota bomba turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BH Online
0 Response to "DAHSYAT! MPV Melekat Belakang Treler, Pelajar UNIKL Maut Di tempat Kejadian"
Post a Comment