Walaubagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi itu, kanak-kanak itu telah dijumpai oleh seorang pekerja kilang berusia 58 tahun setelah beliau terlihat kanak-kanak terbabit sedang berjalan sambil mendukung adiknya yang kecil itu di sebuah kawasan perindustrian Puchong Jaya iaitu jarak 5 kilometer dari lokasi mereka dilarikan oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian tersebut berlaku semasa si ibu menghantar abang dan kakak mangsa ke rumah pengasuh dan meninggalkan kereta dalam keadaan enjin yang masih hidup.
"Ketika itu suspek telah masuk ke dalam kereta dan memandu kereta dan kedua-dua mangsa yang tinggal di dalam kereta terbabit. Suspek turut mengacukan pisau kepada mangsa," katanya.
Bertindak atas maklumat orang awam, pihak polis telah menjejaki suspek dipercayai dan berjaya

Suspek ditemui tinggal berseorangan dalam rumah itu. "Di rumah suspek, kami menemui sepasang baju sekolah menengah (lelaki), sebilah pisau pemotong kertas warna merah jambu, sebuah beg sekolah berwarna hitam, sebuah beg silang berwarna coklat, wang tunai berjumlah RM117 serta sebuah dompet berwarna hitam," katanya kepada.
Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. BERNAMA
0 Response to "Suspek Berpakaian Sekolah Yang Melarikan Kereta Membawa kanak-kanak dan Adiknya berusia 3 Bulan Berjaya ditangkap"
Post a Comment