Lewin terpaksa diusung untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital selepas cedera ketika menyaksikan perlawanan England menentang Itali pada Piala Dunia 2014.
England bernasib malang hari ini apabila ditundukkan oleh Itali 2-1 pada perlawanan pertama Piala Dunia 2014, nasib malang itu nampaknya berterusan kerana England mungkin berhadapan dengan kemungkinan kehilangan khidmat Gary Lewin pakar fisioterapi pasukan itu.
Semuanya adalah gara-gara beliau terlalu gembira dengan jaringan gol penyamaan oleh bintang Liverpool Daniel Sturridge pada minit ke-36 perlawanan itu hingga menyebabkan Lewin mengalami kecederaan.
Ketua Fisioterapi berusia 50 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa meraikan gol yang membawa kepada kedudukan seri 1-1 bersama pemain simpanan dan pegawai pasukan itu di tepi padang.
Pemeriksaan awal mendapati kecederaan pada buku lalinya agak serius hingga terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Lewin sudah lama berkhidmat sebagai fisioterapis pasukan itu, malah meletak jawatan di Arsenal pada 1996 untuk memberi tumpuan sepenuh masa bersama England.
Berpengalaman luas dalam bidang fisioterapi, Lewin pernah bersama Arsenal selama 22 tahun.

sumber : mstar
Related Posts :
KERETA PEUGEOT DISOROK BELAKANG AMPAI BAJU Punyalah malu Kak Long CDM 25 sekarang ini .. parkir kereta pun sampai lindung dengan penyidai kain tidak mau orang ramai nampak. Tapi raky… Read More...
Anak Uncle Kena Marah Wanita Pemilik Kereta Peugeot Luah Perasaannya Didedahkan Berikut merupakan luahan hati anak kepada uncle yang menjadi mangsa buli wanita Peugeot CDM25 terbabit serta pengenalan diri pemilik kender… Read More...
Hati-hati 'Ustaz Palsu' di Wad Bersalin Hospital Cuba Mencabul Wanita MACAM-MACAM kes pelik yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini. Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ella Sandera telah… Read More...
Mesut Ozil Derma Bonus Kemenangan Piala Dunia kepada Kanak-kanak Gaza Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil (gambar kanan) dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000… Read More...
POLIS AKAN SIASAT VIDEO KIKI SEBAGAI PEMBULI JALANRAYA SHAH ALAM – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menyiasat video wanita yang bertindak ganas terhadap lelaki warga emas di Kuantan, lapor se… Read More...
0 Response to "England kalah dan hilang khidmat Fisioterapi mereka"
Post a Comment