Sunday, June 15, 2014
Alamak terpendek pulak anu dia!!
SEORANG pesakit lelaki telah mendakwa pembedahan yang dilakukan terhadap kemaluannya menyebabkan alat kelaminnya menjadi pendek kepada sekurang-kurangnya tiga sentimeter.
Sehubungan itu, beliau akan memikirkan untuk menyaman pihak hospital terbabit sebanyak £90,000 diatas kecuaian itu. Ini adalah kerana pihak hospital tersalah diagnos penyakitnya sehingga beliau menderita kesakitan.
Menurut beliau kemaluannya mengalami kecederaan ketika mengadakan hubungan kelamin bersama isterinya pada tahun 2011 dan beliau telah dikejarkan ke hospital.
Semasa kejadian tersebut, seorang jururawat yang menjalankan pemeriksaan terhadapnya sekadar melihat kemaluannya sahaja dan tidakpun menyentuhnya.
Selanjutnya, melalui panggilan telefon, pakar urologi hospital telah memberitahu petugas di hospital tersebut bahawa beliau hanya mengalami sedikit trauma dan dibenarkan pulang.
Walaubagaimanapun, lelaki itu yang turut sama menghidap paraplegik iaitu masalah deria rangsangan dan mendakwa insiden itu menyebabkan lelaki itu gagal untuk mengadakan hubungan seks.
Lebih buruk lagi, selepas tiga bulan baharulah pihak hospital telah memaklumkan kepadanya bahawa kemaluannya telah retak dan perlu dibedah.
Akibat dari pembedahan yang dilakukan itu beliau 'kehilangan' kira-kira 3 cm panjang kemaluannya, di samping kesan parut yang kekal.
Pesakit yang berasal dari Quebec, Kanada itu turut mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu adalah punca rumahtangganya hancur kerana beliau tidak berkemampuan untuk mengadakan hubungan kelamin selama dua tahun.
Sumber: mStar
Related Posts :
JANGAN CUBA-CUBA NAK CIUM KURA-KURA - INILAH AKIBAT NYA Sebagai anda yang pencita haiwan tentulah sayang dengan binatang peliharan anda seperti kucing tentu pernah menciumnya. Tetapi anda perlu … Read More...
BEKAS POLIS DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN ANGGOTA POLIS OLEH SUAMINYA YANG JUGA POLIS DI KUARTERS POLIS Sepang: Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang di kuarters polis di sini, semalam. Wanita be… Read More...
Insan Terpilih Pesara Guru Hembus Nafas Ketika Sujud Jasin: Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, ma… Read More...
SUNGGUH DAHSYAT!!!! PRAMUGARI DISANTAU HINGGA MUNTAH DARAH DAN REBAH KE TANAH KERANA MENDEDAHKAN RAHSIA MH370 Menurut bloglist-malaysian.blogspot.com Berikut adalah kenyataan yang ditulis oleh beliau sebelum ini yang mengatakan rasa bimba… Read More...
GEMPAR!!!! PENGETUA DAN PELAJAR LIHAT SEJADAH BERDIRI DI SURAU SMK TAMAN KLUANG BARAT Subhanallah. Satu sekolah kecoh termasuk pengetua apabila didapati sehelai sejarah seolah-olah dalam keadaan bersolat di bahagian Imam so… Read More...
0 Response to "Alamak terpendek pulak anu dia!!!"
Post a Comment