KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.
Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. - AFP
Related Posts :
Sayu Bila Lihat Penghornatan Rakyat Belanda kepada Jenazah Mangsa MH17 SATU majlis penghormatan tertinggi telah diberikan oleh Kerajaan Belanda ketika menyambut ketibaan 40 mayat pertama mangsa nah… Read More...
ALHAMDULILLAH JENAZAH ARWAH HAKIMI PEMBANTU JURUTERBANG MH17 DALAM KEADAAN SEMPURNA Keluarga pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS); Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 di Ukraine bersyu… Read More...
Laporan Awal Data Kotak Hitam MH17 Letupan Berpunca Daripada Serangan Roket Kotakk hitam: Foto Reuters KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditemba… Read More...
Pesawat SIA Lalu 'Beberapa Minit' Sahaja Dari Ruang Udara MH17 Ditembak Jatuh SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat Singapore Airlines (SIA) baharu sahaja beberapa minit melepasi ruang … Read More...
Pengakuan Mengejut: Anggota Pemisah Pro-Russia Mengaku Bertanggungjawab Menembak Jatuh MH17 Rome: Sebuah akhbar Itali semalam melaporkan pengakuan mengejutkan seorang pemisah pro-Russia bahawa unitnya bertanggungjawab menembak ja… Read More...
0 Response to "Laporan Awal Data Kotak Hitam MH17 Letupan Berpunca Daripada Serangan Roket"
Post a Comment